top of page

Proses Hidup Tumbuhan - Part 2

  • Writer: Danish Khalid
    Danish Khalid
  • Nov 4, 2020
  • 1 min read

Sebagaimana manusia, tumbuhan juga memerlukan 'makanan'nya yang tersendiri untuk terus hidup. Sekiranya manusia memperoleh makanan melalui cara MAKAN, bagaimana pula caranya tumbuhan mendapatkan makanan mereka?


Rajah 1 menunjukkan sehelai daun yang kebingungan seperti anda yang sedang membaca keterangan ini

Tumbuhan mendapat makanan mereka (kanji) melalui proses fotosintesis.


Proses fotosintesis ialah proses kimia yang berlaku dalam tumbuhan bagi menghasilkan makanan supaya tumbuhan dapat terus hidup.

Perkara yang diperlukan oleh tumbuhan untuk menjalankan proses fotosintesis ialah;

1. Karbon dioksida

2. Air

3. Cahaya


Tanpa salah satu daripada perkara-perkara tersebut, proses fotosintesis tidak akan dapat dijalankan oleh tumbuhan lalu akan menyebabkan kelayuan kepada tumbuhan sehingga mampu membuat tumbuhan mati akibat kekurangan makanan (glukosa/kanji).


Rajah 2 menunjukkan keperluan tumbuhan untuk menjalankan proses fotosintesis

تعليقات


Post: Blog2 Post

Subscribe Form

Thanks for submitting!

IPG Kampus Pendidikan Teknik, 71760 Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn
  • Blogger

©2019 by Nota Sains. Proudly created with Wix.com

bottom of page